Filem Misteri Dilaila arahan pengarah muda, Syafiq Yusof, nyata berjaya menarik minat penonton dinegara ini kerana ia mempunyai dua versi ending yang berbeza, dan telah mencatat kutipan RM4 juta dalam masa 5 hari tayangan.

Menurut Syafiq, yang membezakan versi 1 dan versi 2 bagi filem Misteri Dilaila ini adalah pada 20 minit terakhir filem, dimana kedua-dua versi ini adalah tidak berkait.
Terdapat beberapa cara untuk mengetahui sama ada Misteri Dilaila yang anda tonton itu adalah versi 1 mahupun versi 2. Pertama, adalah dengan terus bertanya kepada kaunter tiket wayang.
Seterusnya adalah dengan melihat sendiri dalam filem berkenaan, scene dibalai polis pada waktu malam. Jika terdapat kelibat polis diluar balai, ia adalah versi 1. Jika tiada kelibat polis, ia adalah versi 2 Misteri Dilaila.


Cara lain adalah dengan melihat kepada senarai pawagam yang berikut.
#Versi 1


#Versi 2


So korang dah tengok ke belum Misteri Dilaila?
Sumber: Astro Shaw
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.