Tidak salah rasanya untuk membayar harga tiket bagi menyaksikan sendiri artis dan selebriti kesukaan kita didepan mata. Tetapi bagaimana jika caj dikenakan hanya untuk selfie bersama?
Dipetik daripada forum CARI, dikatakan penganjur mengenakan caj bagi berselfie bersama Aiman Tino sempena Pesta Lampu yang di adakan di Kota Belud.
Rata-rata peminat mempersoalkan tindakan penganjur yang mengenakan cas sedemikian, termasuk menjual tiket VVIP bagi tujuan selfie bersama penyanyi terbabit.
Sumber: CARI
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.