Selena Gomez yang baru-baru ini dilaporkan mengalami masalah kemurungan dan sedang menerima rawatan di sebuat pusat psikiatri, sukar menerima kenyataan yang Justin Bieber akan berkahwin.
Menurut laporan People.com, pertunangan dan perkahwinan bekas kekasihnya itu bersama Hailey Baldwin itu memberi kesan kepada Selena, sehingga mengalami murung.
"Sekarang ini Selena dalam rawatan untuk memulihkan semangatnya. Keputusan Justin untuk bertunang dan berkahwin benar-benar menganggu jiwa Selena," kata sumber.
Kali terakhir Justin menjalinkan hubungan bersama Selena adalah pada Mac lalu, sebelum penyanyi berkenaan mengumumkan bertunang dengan Hailey Baldwin.
Sumber: People.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.