Bekas kekasih Justin Bieber, Selena Gomez berharap agar Justin Bieber cepat berkahwin dengan Hailey Baldwin.
Menurut Hollywoodlife.com, jika perkahwinan mereka diadakan dalam masa yang terdekat, segala tanda tanya dalam fikiran Selena akan berakhir.
"Selena mengakui dia telah banyak memikirkan tentang apa yang bakal berlaku dalam hubungan Justin dan Hailey terutamanya soal perkahwinan mereka berdua.
"Namun begitu, Selena sudah lama menerima kenyataan dan bahagia dengan kehidupannya sendiri," kata sumber.
Ada sumber lain mengatakan bahawa persiapan perkahwinan Justin dan Hailey juga telah diadakan dan telah siap sepenuhnya.
Sumber: Hollywoodlife
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.