Gelaran influencer merujuk kepada individu tertentu yang mampu memberi inspirasi kepada orang ramai dari segi penampilan dan buah fikirannya.
Tambah pula dengan dunia sosial media masa kini, influencer mempunyai bilangan pengikut yang ramai dan sudah pasti segala gerak-geri mereka akan menjadi percakapan pengikut mereka.
Menurut laman starngage.com top 1,000 influencers, senarai influencer di Malaysia di dominasi oleh selebriti wanita, seperti Neelofa, Mira Filzah, Janna Nick, Hanis Zalikha, Amyra Rosli dan Fazura.
Tiada selebriti lelaki dalam kedudukan 10 teratas kerana mengikut senarai, Airel Zafrel, Hairul Azreen dan Awal Ashaari masing-masing berada di tangga ke 11,12, dan 13.
Lara Alana, anak kepada Scha Alyahya dan Awal Ashaari merupakan satu-satunya selebriti kanak-kanak yang tersenarai dalam tangga 100 teratas dan berada di tangga ke-17, meninggalkan Erra Fazira, Jihan Muse dan Wany Hasrita.
Pada masa sama, selebriti media sosial yang aktif dengan resipi masakannya yang sangat menarik, Khairulaming, tersenarai ditempat ke-42 dengan pengikut seramai 2.7 juta di Instagram.
Di peringkat global pula, laman National Geographic, pemain bola Neymar dan penyanyi J-Lo menduduki senarai top 3 influencer di dunia:
Sumber: Starngage.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.