Baru-baru ini, sebuah video tular di media sosial apabila selebriti Indonesia Raffi Ahmad membuat kejutan untuk isterinya Nagita Slavina dengan menghadiahkan mesin juruwang automatik (ATM) peribadi sempena hari lahirnya.
Malah, Nagita yang terkejut dengan hadiah tersebut tidak menyangka ia merupakan mesin yang sebenar dan bukanlah replika semata-mata.
Dia juga membuktikan dengan membuat transaksi pengeluaran wang tunai dan ia mengeluarkan wang tunai yang sebenar.
Video yang dikongsi itu membuatkan warganet kagum dan terkejut bagaimana mereka menguruskannya bagi mendapatkan mesin ATM di rumah.
Menurut kenyataan Bank Negara Indonesia, mesin ATM tersebut memang benar dan pihaknya memaklumkan Raffi salah seorang pelanggan setia mereka.
Mesin tersebut disediakan bagi memudahkan urusan pengeluaran wang bagi mereka dan orang sekitar.
Namun, mesin ATM berkenaan dilaporkan akan ditempatkan di bangunan syarikat hiburan terletak beberapa blok dari rumah mereka.
Tambahnya, mesin ATM itu hanya untuk membuat kejutan buat penduduk di kawasan berkenaan sebelum ditempatkan di lokasi sebenar.
Sumber: Today Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.