Filem Train To Busan pernah mencipta fenomena tersendiri pada tahun 2016, yang menceritakan situasi zombi apokalips dari Korea Selatan.
Baru-baru ini, pengarahnya Yeon Sang-Ho telah berkongsi sekuel terbaru filem zombi berkenaan yang lebih berskala besar dan lebih ganas, berjudul 'Peninsula'.
Menurut pengarah terbabit, filem ini nanti bukanlah sambungan cerita dari kisah pertama kerana kali ini wataknya adalah berbeza, namun masih mengekalkan konsep cerita yang sama.
Kisah kali ini lebih kepada kerajaan yang sudah tidak lagi berfungsi dan negara yang hancur selepas jangkitan wabak yang tersebar ke seluruh Semenanjung Korea dan tiada apa lagi yang tinggal.
Peninsula ini nanti akan membawa atak utama seorang bekas askar yang berjaya melarikan diri daripada wabak itu tetapi diberikan misi untuk kembali ke Korea. Maka, beliau perlu menghadapi segala macam bencana di sepanjang perjalanannya itu nanti.
Antara pelakon yang akan melakonkan filem sekuel tersebut ialah, Lee Jung Hyun, Lee Rae, Kim Min Jae, Goo Kyo Hwan dan pelakon filem Golden Slumber, Kang Dong Won.
Peninsula dijangka menemui penonton selewat-lewatnya pada hujung tahun 2020.
Sumber: Screen Daily
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.