Allahyarham Syed Umar Mukhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, atau lebih dikenali dengan panggilan Abam, telah menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin.
Jenazah Allahyarham disembahyangkan di Masjid Zakaria, Gombak Utara dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Sungai Pusu petang semalam.
Allahyarham juga telah meninggalkan isteri, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.
Sebelum ini, Abam pernah berkongsi video lirik lagu terbarunya berjudul Sikasih, yang dimuatnaik menerusi laman Youtube pada 22 Februari tahun lalu.
Selepas setahun, nyata lirik dalam lagu ini memberi kesan mendalam khasnya kepada peminat-peminat kumpulan Bocey.
Al-Fatihah Abam. Semoga roh ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.