Dipetik daripada Screenrant, pelakon aksi, Jet Li, akhirnya memberitahu sebab kenapa dia menolak watak utama dalam filem The Matrix.
Filem The Matrix yang pernah ditayangkan dalam dua siri berbeza iaitu The Matrix Reloaded dan The Matrix Revolution, pernah menawarkan kepada Jet Li untuk membawa watak utama sekitar tahun 1999, namun ditolak oleh pelakon aksi ini.
Walaupun Jet Li pernah berlakon dalam filem barat yang lain seperti Lethal Weapon 4 dan Romeo Must Die, Jet Li terpaksa menolak tawaran daripada filem The Matrix kerana isu hak cipta.
“Saya menyedari bahawa rakyat Amerika mahu saya membuat filem bersama mereka. Dan selama enam bulan, mereka mahu merakam dan menyalin semua langkah dan pergerakkan kungfu saya ke perpustakaan digital mereka. Pada akhir rakaman, hak cipta untuk pergerakkan ini akan jadi milik mereka”
"Saya berfikir: Saya telah berlatih seluruh hidup saya. Dan kita sebagai artis seni bela diri semakin tua. Namun mereka (produksi) boleh memiliki pergerakan saya sebagai harta intelektual mereka selama-lamanya. Jadi saya terpaksa tolak tawaran itu."
Sumber: Screenrant
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.