Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Saya Baru Tahu Pendosa Tidak Boleh Minta Doa” – Nadia Brian

ROSTAM, Mohamad Firdaus
06 Jun 2025, 02:43 PM

“saya baru tahu pendosa tidak boleh minta doa” – nadia brianFoto: Instagram

Pelakon terkenal tanah air, Nadia Brian meluahkan rasa kecewa dan tersentuh hati selepas menerima kecaman hebat daripada netizen apabila dia sekadar memohon doa dan berkongsi hasrat mencari pasangan hidup yang memenuhi ciri-ciri tertentu.

Menurut Nadia, dia tidak menyangka bahawa niat baiknya untuk mencari lelaki yang menjaga solat, berperibadi lembut, belum berpasangan, bijak, serta berjaya dalam hidup telah mengundang pelbagai reaksi negatif daripada segelintir netizen.

Apa yang lebih menyedihkan baginya, ada yang mengecam dan mempersoalkan kelayakannya sebagai seorang “pendosa” untuk meminta doa dan bercakap soal pasangan soleh.

“Cakaplah lagi, beri kecaman lagi, kutuklah lagi, fitnahlah lagi... Baru saya tahu, rupa-rupanya pendosa tak boleh minta doa.

“Yang boleh minta doa hanya ‘ahli-ahli syurga’ yang suka kecam, fitnah dan kutuk saya,” tulisnya secara sinikal dalam satu hantaran di media sosial.

Pelakon filem Duyung: Dendam Aurora itu turut mengingatkan bahawa doa orang yang dizalimi amat besar nilainya di sisi Tuhan, dan mungkin lebih cepat dimakbulkan.

“Saya doakan semua yang menyakiti saya, yang menghina saya, semoga Allah balas dengan apa yang setimpal.

“Dan semoga doa dari orang yang dianiaya seperti saya ini, terus sampai pada Tuhan tanpa hijab,” tambahnya dalam nada penuh harapan dan kecewa.

Sebelum ini, Nadia ada memuat naik satu hantaran di Instagram yang menyenaraikan ciri-ciri lelaki idamannya. Hantaran itu tular dan menjadi bualan netizen, ada yang menyokong, namun tidak kurang juga yang mengecam penampilannya yang dianggap tidak selari dengan ‘permintaan rohani’ tersebut.

Ramai yang mempertikaikan niatnya, mengatakan bahawa seseorang perlu "ubah diri dulu" sebelum meminta pasangan yang baik. Tidak kurang juga yang melemparkan kata-kata sinis seperti: “Kalau nak imam, tolong jaga aurat dulu.”

Namun begitu, Nadia tetap bertegas bahawa setiap manusia  baik pendosa atau ahli ibadah berhak untuk berharap, berdoa dan diberi peluang memperbaiki diri.

“Kita semua pendosa. Tiada siapa sempurna. Kalau orang berdosa tak boleh berdoa, siapa yang akan bantu mereka kembali pada jalan Allah?” katanya kepada para pengikutnya yang masih menyokong dari belakang tabir.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us