Pelakon dan penyanyi, Sasha Saidin telah menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 jenis Sinopharm dan juga menerima dos kedua pada Rabu.

Ujar pelakon berusia 45 tahun ini, beliau menerima dos kedua yang juga merupakan booster atau penggalak itu di Hospital Emirates Field, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Menurutnya, dia dan suami berasa letih dan sakit kepala selepas menerima suntikan itu baru-baru ini.
"Alhamdulillah semalam Sirhan dan saya sudah melengkapkan vaksin Sinopharm dengan mengambil dos kedua selepas 21 hari menerima suntikan pertama di Hospital Emirates Field di UAE.
"Kami dimaklumkan oleh jururawat yang bertugas bahawa dos kedua ini sebenarnya lebih kepada (berfungsi sebagai) booster (penggalak) dan lebih 'ringan' berbanding dos pertama yang diambil sebelum ini.
"Sebaik pulang ke rumah dari pusat vaksin, saya berasa letih dan mengantuk manakala Sirhan sakit kepala. Namun selepas makan ubat paracetamol dan tidur sekejap, sebelum petang badan kami sudah berasa kembali okay seperti biasa.
"Buat masa ini, kami berdua baik sahaja, biarpun terus memantau keadaan antara satu sama lain. Kami sudah kembali menjalani rutin seperti biasa hari ini (Khamis)," katanya.
Dalam pada itu, kakak kepada Zain Saidin ini turut mengucapkan terima kasih Kementerian Kesihatan UAE dan juga mengagumi kerja keras frontliners dalam menguruskan pesakit serta melawan wabak COVID-19.
Sasha dan suaminya yang juga seorang ahli perniagaan kini menetap di UAE selepas mendirikan rumah tangga pada 20 Januari tahun lalu.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.