
Selepas berkahwin dengan lelaki pilihannya, Aswad Anuar, 39, penyanyi, Sarah Suhairi, 24, akui sudah bersedia untuk menggalas tanggungjawab sebagai ibu ‘segera’ kepada tiga anak tirinya itu.
Sarah berkata bahawa beliau sedia maklum status Aswad sebagai duda anak tiga.
Walaupun begitu, menurut Sarah, itu tidak menjadi halangan baginya untuk mendirikan rumah tangga bersama.
“Ketika perkenalan kami, Aswad sudah setahun bergelar bapa tunggal dan kami tak pernah meletakkan sebarang status sepanjang empat tahun berkenalan.
“Tetapi saya juga dah berjumpa dengan tiga puterinya yang menerima baik kehadiran dalam hidup mereka.
“Sebelum ini mereka panggil saya ‘auntie Sarah’, selepas ini panggil saya dengan panggilan ibu,” ujar Sarah ketika ditemui usai majlis pernikahan yang berlangsung di Berern Hill, Hulu Langat, pada Jumaat.
Sumber: Astro Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.