Penyanyi, Sarah Suhairi, 20 menafikan dakwaan mengatakan hobinya menunggang kuda memerlukan perbelanjaan besar dan mahal.
Menurut Sarah, apa sahaja berkaitan hobi pasti memerlukan sedikit perbelanjaan kewangan, namun tidaklah terlalu mahal hingga membebankan individu itu.
"Sebenarnya, kalau cerita tentang hobi, apa-apa yang berkaitan dengannya (hobi) sama ada berbasikal ke, berenang atau bermain badminton pun, pasti 'makan duit'. Namun, tidaklah begitu besar atau mahal, sampai akan membebankan kita.
"Setiap hobi memang ada sejumlah wang perlu disediakan, tetapi boleh sahaja ikut kemampuan kewangan kita sendiri. Tak perlu pun nak ikut orang lain.
"Begitu juga dengan hobi saya terhadap sukan berkuda ini, ia tidaklah terlalu mahal seperti didakwa segelintir orang, termasuk dilabel sebagai aktiviti untuk golongan kaya dan berada," kata Sarah.
Sarah mula bergiat aktif dalam sukan berkuda sejak enam tahun lalu, malah beliau juga sering menyertai pertandingan berkuda anjuran kelab berkenaan.
Katanya, selain sebab minat dan mahu menimba pengalaman, menunggang kuda adalah terapi untuk dirinya juga.
"Walaupun penat juga sebenarnya sukan berkuda ini, tetapi ia menyeronokkan saya. Sejujurnya, apabila terbabit sukan berkuda, ia adalah 'me time' atau masa untuk diri saya sendiri,” katanya lagi.
Sumber: [1]
Undi artis favourite korang di ERA Digital Muzik Awards (EDMA) sekarang sehingga 18 Januari 2021 --> Undi Sekarang!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.