Nama Santesh Kumar pernah menjadi sebutan dek kerana mempunyai suara iras David Arumugam. Beliau yang juga pencipta lagu serta penulis lirik amat terkenal dengan single terbaru berjudul ‘Amalina’.
Santesh dijemput untuk ke program CCTV yang dihoskan oleh Aril dan Alif bersama Danial dan Daiyan Trisha.
Dalam satu segmen ‘Pantun Pikatline’, kedua-dua mereka dicabar untuk memberikan serangkap pantun memikat Daiyan.
Danial cuba memberikan serangkap pantun kepada Daiyan, namun tidak berjaya.
Giliran Santesh memberi serangkap pantun dan nyata ia berhasil!
Santesh juga sempat memberikan serangkap pantun berbahasa Tamil kepada Daiyan Trisha.
Lawak betul!
Sumber: Youtube Thinker Studios
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.