Hubungan baik dan ikatan persaudaraan antara pasukan pasti penting ketika pasukan negara sedang giat melakukan persiapan bagi mengharungi baki saingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Namun, ketua jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe, kelihatan cemas dan risau apabila tercetusnya 'pergaduhan' antara dua pemain tonggak negara, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh.
Video itu tular di laman sosial di mana Safawi dan Sumareh saling menolak bahu sebelum ‘bergelut’ sehingga memaksa rakan sepasukan masuk campur untuk menenangkan mereka.
Situasi itu membimbangkan mereka tetapi pergaduhan itu hanya gimik atau prank buat Cheng Hoe yang menyambut hari lahirnya yang ke 53, pada Ahad.
Lakonan itu dilihat berjaya mengalihkan perhatian Cheng Hoe ketika kek hari jadi dibawa masuk.
Rata-rata warganet gembira melihat keakraban antara pemain dan kakitangan pasukan, malah ada juga yang memuji 'bakat' lakonan kedua-dua pemain itu.
Skuad negara yang kini berada di Bahrain akan bertemu UAE 3 Jun ini, diikuti Vietnam (11 Jun) dan Thailand (15 Jun).
Sumber: FAM TV Malaysia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.