Penyerang Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid telah berkongsi video berdurasi 40 saat sedang melakukan cabaran imbang tisu.

Safawi, 23, dilihat seakan mengimbau kenangan ketika bergelar pemain sepak takraw negeri Terengganu ketika zaman sekolah rendahnya dahulu,

Dalam klip video bersama adiknya yang juga pemain JDTIII, Alfi Rasid itu, Safawi turut sertakan kapsten 'Never Rest' dengan tandapagar #coronaout dan juga #siblingchallenge.
Cabaran #StayAtHome ini turut diikuti beberapa pemain bola sepak ternama dunia seperti Anthony Martial, Bruno Fernandes, Mason Mount dan Tammy Abraham.
Cabaran berkenaan sedikit sebanyak mengisi masa lapang selepas terpaksa berkurung dalam rumah bagi membendung penularan wabak COVID-19 ketika ini.
Haa sambil-sambil korang semua tengah dekat rumah tu, apa kata kita buat #DudukRumahChallenge. Rakam dan post video/gambar menarik, atau lucu tentang aktiviti korang di rumah berserta hashtag #DudukRumahChallenge di media sosial! Tak kisahlah video memasak, menari, menyanyi, atau apa saja asalkan selamat! Untuk maklumat & T&C lanjut layari sini https://bit.ly/dudukrumahchallengetnc
Untuk perkembangan lain berkenaan Covid-19, dapatkan maklumat terkini di sini.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.