Bintang bola sepak pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Safawi Rasid telah membuat permohonan maaf atas prestasinya yang dikatakan menurun musim ini.
Safawi Rasid, 23, telah memuatnaik foto dengan kapsyen di laman Instagramnya, sambil meluahkan rasa terharu atas sokongan yang diberikan terhadapnya selama ini.
"Dalam masa yang sama saya ingin mintak maaf terhadap prestasi saya dan saya akan cuba tingkatkan tahap prestasi saya , inshaallah next game saya cuba bagi lagi yang terbaik untuk team, tanpa ada sokongan dari anda semua , belum tentu saya boleh berada pada tahap ini", tulisnya.
Dalam pada itu, pelakon Syifa Melvin turut memuatnaik kenyataan menerangkan isu yang timbul antara dirinya dengan bintang bola sepak berkenaan.
Menurut Syifa, beliau tidak pernah pula memaksa Safawi untuk berkahwin dengannya dan menafikan prestasi Safawi menurun dek kerana perkara peribadi.
Malah, beliau turut berdoa dan memberikan sokongan kepada Safawi dalam kariernya.
Terdahulu, prestasi pemain bola sepak ini mendapat perhatian oleh pemilik pasukan, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sehinggakan paparan screenshot Instagram Stories menjadi tular.
Sumber: Media Hiburan / Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.