Foto: X
Nama anggota kumpulan Dolla, Sabronzo atau Wan Sabrina Wan Rusli kembali mencuri perhatian selepas tersebar sekeping foto dirinya berbaju pengantin putih di sisi seorang lelaki bersut rona sedondon.
Menurut laporan, majlis berkenaan dipercayai berlangsung di Bali, Indonesia kira-kira dua minggu lalu, dengan sumber mendakwa pasangan itu ialah Sabronzo dan DJ terkenal dari Belanda, Dash Berlin.
“Kalau nak kepastian, kena tanya tuan punya badan. Tapi gambar tular memang jelas berlatarkan lokasi percutian di Indonesia,” kata sumber.
Sejak imej berkenaan tersebar di Threads, ramai peminat tampil mengucapkan tahniah walaupun masih keliru dengan kesahihan berita tersebut.
Hubungan Sabronzo dan Dash Berlin semakin menjadi bualan apabila netizen menyedari kedua-duanya saling mengikuti akaun Instagram masing-masing.
Terdahulu, Sabronzo pernah mendedahkan dia sedang menjalinkan hubungan dengan seorang DJ antarabangsa namun enggan mengulas lanjut mengenai kehidupan peribadinya.
Setakat ini, usaha media untuk mendapatkan pengesahan daripada pihak pengurusannya masih belum berhasil.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.