Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Saya Tak Mahu Orang Saya Sayang Jadi Mangsa Netizen” – Sabronzo Dedah Kenapa Rahsiakan Identiti Kekasih

ROSTAM, Mohamad Firdaus
13 May 2025, 11:34 AM

“saya tak mahu orang saya sayang jadi mangsa netizen” – sabronzo dedah kenapa rahsiakan identiti kekasihFoto: Instagram

Sabronzo, ahli kumpulan Dolla yang terkenal dengan penampilan berani dan berkarisma di atas pentas, akhirnya membuka mulut tentang sebab sebenar dia tidak pernah mendedahkan wajah atau identiti kekasihnya kepada umum.

Walaupun ramai peminat dan netizen sudah mula mengesyaki dirinya kini sedang bahagia dalam perhubungan, Sabronzo tetap tegas untuk merahsiakan siapa gerangan insan istimewa tersebut.

Baginya, keputusan ini bukan kerana ingin berselindung, tetapi lebih kepada melindungi orang yang disayanginya daripada kecaman dan tempias negatif netizen yang sering terlalu cepat menghukum.

“Hubungan kami belum sampai tahap serius. Saya cuma nak pastikan orang yang saya sayang tak jadi mangsa cakap-cakap orang.

“Bila sampai masa, saya akan kongsi,” jelas Sabronzo dalam satu sesi temu bual.

Menurut penyanyi itu, dia amat menghargai minat peminat terhadap kehidupan peribadinya, tetapi dalam masa yang sama, mengutamakan privasi individu yang rapat dengannya.

Bagaimanapun, beliau percaya sesetengah perkara lebih baik disimpan untuk diri sendiri terutama dalam dunia hiburan yang penuh spekulasi dan tekanan media sosial.

Sabronzo juga mengakui, sejak awal pembabitannya dalam industri, dia memilih untuk tidak terlalu mendedahkan hal-hal peribadi seperti ahli keluarga dan kawan rapat. Ini kerana dia tidak mahu mereka yang tidak biasa dengan dunia glamor menjadi sasaran kritikan tanpa sebab.

“Saya memang jenis jaga privasi. Dari dulu tak suka kongsi sangat pasal keluarga atau kawan-kawan. Bukan sebab saya sombong, tapi sebab saya nak lindungi mereka,” ujarnya lagi

Ketika ditanya mengenai desas-desus yang mengaitkannya dengan seorang DJ berbangsa asing yang dilihat sering bersamanya, Sabronzo mengakui mereka berkawan, namun enggan mengulas lanjut.

Sebelumnya, dia juga pernah mencuri perhatian ramai apabila dilihat memakai cincin di jari manis yang katanya merupakan hadiah istimewa daripada seseorang sempena ulang tahunnya yang ke-30 tetapi tetap memilih untuk tidak mendedahkan siapa pemberi hadiah tersebut.

Buat masa ini, fokus utama Sabronzo adalah kerjaya seni bersama kumpulan Dolla yang baru sahaja melancarkan single baharu berjudul “MWA!”.

Lagu tersebut mendapat sambutan hangat dan menandakan kemunculan semula kumpulan itu dalam arus muzik tempatan.

Walaupun banyak persoalan yang belum terjawab tentang status cintanya, Sabronzo kekal tenang dan memilih untuk menjaga batas antara kehidupan peribadi dan kerjayanya.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us