
Sudah 20 tahun usia perkahwinan Ziana Zain dan suaminya Armin Zaharin. Tapi tak ada siapa menyangka perkahwinan yang disangka bahagia rupanya penuh penderitaan bukan sahaja buat Ziana tetapi anak-anaknya.
Menurut Ziana, jika orang lain rumahku syurgaku, tapi tidak baginya. Dia menganggap rumahnya seperti neraka dan kerap kali menangis setibanya di pintu pagar rumah.
"Melihat pagar pun saya dah meraung. Kalau orang lain rumahku syurgaku, tetapi bagi saya dan anak- anak, rumahku, nerakaku," katanya sambil menangis.
Sejak seawal usia perkahwinan empat bulan lagi Ziana telah didera secara mental dan ianya meleret hingga ke usia sudah 20 tahun.
"Tiada siapa tahu kerana saya diajar ibu bapa agar tidak menceritakan hal rumahtangga," katanya.
"Bayangkan bagaimana saya menghadapinya. Tahap kesabaran saya sudah maksima," katanya.
Armin seorang yang panas baran dan sentiasa melemparkan kata-kata kurang sopan tak kisah di mana sahaja mereka berada hinggakan anak kembar Ziana tak mahu makan di luar.
"Anak- anak sampai tidak mahu keluar makan bersama Armin kerana malu sekiranya diherdik," katanya.
"20 tahun saya berbakti kepadanya. Beri yang terbaik untuk dia. Walaupun bekerja, saya tetap memasak untuknya dan anak- anak.
"Jangan dia cakap saya tidak menjalankan tanggungjawab, tanya diri dia, apa tanggungjawab dia terhadap saya dan keluarga," katanya.
Salah seorang anak Ziana terpaksa mendapatkan rawatan psikitri kerana mengalami kemurungan sejak berusia 14 tahun.
"Saya manusia paling sabar kalau orang lain anak pertama boleh cerai, saya boleh tunggu lagi dengan apa yang dia buat kepada saya," katanya.
Credit video : Sinar TV
Sumber: Astro Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.