Pelakon, Ruhainies baru-baru telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-28 bersama kekasih hatinya yang dikenali sebagai Mr. E.
Memetik laporan sebuah portal tempatan, kekasih kepada pelakon ini sudah menghadiahkan lebih daripada enam beg tangan dan setiap satu daripada beg itu dianggarkan bernilai puluhan ribu ringgit.
"Sebenarnya, Ruhainies amat menyukai beg tangan. Beg tangan terbaharu yang saya hadiahkan sempena ulang tahun kelahirannya adalah beg yang keenam buatnya. Sebelum ini pun, saya ada hadiahkannya beberapa aksesori lain seperti jam tangan.
"Macam beg tangan, harganya tidak perlulah saya kongsikan. Cuma ya, saya boleh kata dalam puluhan ribu. Hadiah istimewa untuk yang tersayang, mengapa tidak?
"Lagipun saya memang suka berikan hadiah edisi terhad yang tidak mudah didapati di mana-mana untuk Ruhainies. Bagi saya, dia seorang yang cukup istimewa di mata dan ia bukti cinta sejati saya terhadapnya," katanya.
Ditanya soal berumah tangga, Mr. E menjelaskan dia sudahpun bersedia untuk menjadi suami dan mereka sudahpun berbincang mengenainya secara serius.
Jika tiada aral melintang, mereka akan mendirikan rumah tangga selepas kakaknya berkahwin, seperti yang diminta ibu dan bapa Ruhainies.
"Kalau bukan tahun ini, kami mungkin akan mendirikan rumah tangga tahun hadapan. Apa pun, kami akan kongsikan berita gembira itu kepada semua nanti. Doakan yang terbaik," katanya lagi.
Sumber: Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.