Pelakon, Ruhainies dalam laman Instastory miliknya menafikan bakal berkahwin dengan seorang ahli perniagaan tidak lama lagi.
Menurut Ruhainies, beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan sedemikian dan berharap agar pihak bertanggungjawab lebih berhati-hati mengeluarkan sebarang berita.
Terdahulu, Ruhainies mengakui sedang menjalinkan hubungan bersama seorang usahawan yang kini sedang menetap di London dan memiliki cawangan butik terkenal di tanah air.
Walaubagaimana pun beliau tidak mahu terburu-buru dalam soal perkahwinan dan berkata mereka masih lagi dalam proses perkenalan.
Sumber: Mstar
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.