Foto: VMAs
Ahli kumpulan sensasi K-pop, BLACKPINK, Rosé, mencipta sejarah apabila meraih anugerah berprestij Song of the Year di MTV Video Music Awards (VMAs) 2025.
Kemenangan itu diperoleh menerusi lagu duetnya bersama penyanyi terkenal Amerika Syarikat, Bruno Mars, berjudul APT.
Ketika naik ke pentas menerima trofi, Rosé, 28, mengakui masih sukar mempercayai kejayaan tersebut.
“Saya rasa seperti mimpi. Terima kasih kepada Bruno kerana sentiasa percaya pada saya dan membantu sejak awal. Anugerah ini benar-benar penghargaan untuk kerja keras kami berdua,” katanya penuh terharu.
Rosé turut menzahirkan ucapan istimewa kepada produser Teddy serta tidak melupakan ahli BLACKPINK dengan menyampaikan mesej dalam bahasa Korea.
“Teddy oppa, saya menang anugerah! Ahli BLACKPINK, saya juga menang anugerah ini. Terima kasih selalu, saya sayang kamu semua,” ujarnya.
Tahun 2025 juga menjadi detik bersejarah buat Rosé apabila muncul sebagai artis K-pop dengan pencalonan terbanyak di VMAs iaitu dengan lapan kategori keseluruhan, termasuk tujuh menerusi lagu APT. Antara yang paling dinantikan adalah Video of the Year yang masih menunggu keputusan.
Sebagai perbandingan, BTS pernah dicalonkan untuk Song of the Year pada 2021 melalui Dynamite, namun tidak berjaya membawa pulang kemenangan.
Sumber: VMAs
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.