Siapa je yang tak kenal dengan watak Tony Stark dan Iron Man, lakonan aktor Robert Downey Jr.

Pelakon yang kini berusia 55 tahun itu mengakui sudah tidak mahu lagi terbabit dalam mana-mana filem dibawah Marvel Cinematic Universe (MCU) lagi.
"Cukup-cukuplah. Apa yang saya tahu, saya sudah 'gantung senjata' dan melepaskan semuanya pergi," katanya dalam sebuah program baru-baru ini.
Watak Iron Man juga telah dimatikan dalam filem Avengers: Endgame, namun muncul semula dalam filem Spider-Man: Far From Home. Beliau juga dijangka akan muncul semula dalam filem Black Widow sebagai ‘flashback’.

Timbul juga ura-ura yang mengatakan watak Iron Man akan di hidupkan kembali dengan pelakon yang berbeza.
Sejauh mana kemunculan semula Iron Man, sama-sama kita nantikan filem terbitan Marvel akan datang!
Sumber: Daily Mail
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.