Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Rizky Febian Akui Hampir Menangis Lihat Pengorbanan Mahalini - “Dia Menunda Impian Terbesarnya Demi Keluarga…”

ROSTAM, Mohamad Firdaus
22 Oct 2025, 11:01 AM

rizky febian akui hampir menangis lihat pengorbanan mahalini - “dia menunda impian terbesarnya demi keluarga…”Foto: Instagram

Album terbaharu Mahalini yang diberi judul Koma menandakan kebangkitannya selepas lama menyepi daripada dunia hiburan untuk memberi tumpuan kepada keluarga dan kelahiran cahaya mata sulungnya.

Koma merupakan album kedua penyanyi asal Indonesia itu dan mengandungi 10 lagu, tiga karya lama serta tujuh lagu baharu  yang menampilkan sisi lebih segar dan matang daripada Mahalini.

Lebih menyentuh hati, suaminya yang juga penyanyi popular Rizky Febian tidak dapat menahan rasa sebak apabila mengenang kembali perjalanan karier dan kehidupan Mahalini sepanjang tempoh rehatnya.

“Saya adalah orang pertama yang tahu seluruh perjalanan itu,” kata Rizky dalam satu sesi temu bual, sambil menyifatkan proses tersebut sebagai antara fasa paling beremosi dalam hidup mereka.

Rizky turut mengenang saat Mahalini yang ketika itu sedang berada di puncak populariti, sanggup melepaskan segala peluang demi memberi fokus kepada kehamilan dan kelahiran anak mereka, Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian.

“Saya ingin berterima kasih kepada isteri saya kerana dia rela mengorbankan segalanya demi melahirkan Selina, dan meninggalkan kariernya di saat sedang berada di puncak,” katanya lagi.

Rizky turut mendedahkan, sepanjang tempoh vakum itu, dia sering melihat Mahalini menangis di kamar sambil menonton rakaman lamanya di atas pentas.

“Dia selalu menangis sambil melihat video dia menyanyi di panggung. Katanya, ‘Sayang, kira-kira kapan aku bisa kayak gini lagi?’” ujarnya.

Sebagai suami, Rizky hanya mampu memberi kata semangat dan keyakinan bahawa rezeki yang ditentukan Tuhan tidak akan pernah salah.

Rizky juga meluahkan rasa kagum terhadap dedikasi Mahalini yang kembali berkarya dengan penuh semangat dan konsistensi.

“Saya sudah mendengar semua lagu dalam Koma. Perjuangan dia dalam setiap lagu luar biasa. Bahkan saya yang sudah lama di dunia muzik masih banyak belajar daripada Mahalini tentang konsistensi dan makna sebuah karya,” jelasnya.

Rizky percaya Koma bakal menjadi titik permulaan baharu buat Mahalini untuk kembali menyinari industri muzik, sekali gus menebus kerinduan peminat yang sudah lama menantikan kemunculannya.

“Keputusan dia untuk berhenti sejenak dari dunia muzik bukan hal yang mudah. Saya lihat sendiri bagaimana dia menurunkan ego dan menunda impian besarnya demi keluarga. Tapi kini, saya rasa saatnya sudah tiba untuk dia bersinar kembali,” katanya penuh haru.

Sumber: Detik.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us