berita hiburan era Risteena Dan Isa Rancang Nikah Hujung Tahun, Tarikh Belum Confirm Sebab COVID-19 Mereka juga tidak mahu bertunang lama-lama dan merancang untuk bertunang hanya setahun Editor 15 Jun 2020, 10:17 AM Share Tweet Pasangan romantis, Isa Khan dan tunangnya Nur Risteena Munim merancang untuk bernikah pada penghujung tahun ini, namun ia bergantung kepada situasi semasa.Menurut Isa, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang masih berterusan dan tidak diketahui sama ada ia berlanjutan atau sebaliknya, membuatkan mereka masih belum menetapkan lagi tarikh yang sesuai.Tambah Isa lagi atau nama sebenarnya Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan, mereka juga tidak mahu bertunang lama-lama dan merancang untuk bertunang hanya setahun.Beliau juga berharap agar dapat mengadakan majlis pernikahan dan persandingan secara serentak, tetapi dek kerana COVID-19 masih belum tamat, kemungkinan mereka akan bernikah dahulu dan majlis persandingan diadakan tahun hadapan. Bagaimanapun, ia masih lagi dibincang sesama keluarga dan masih belum ditetapkan apa-apa lagi.Terdahulu, Isa dan Risteena mengikat tali pertunangan pada 23 November tahun lepas di Bali Indonesia dengan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat. View this post on Instagram A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on Dec 9, 2019 at 6:11am PST View this post on Instagram Aku punya mimpi untuk berada di dalam setiap kisah dongeng sewaktu kecil. Di mana ada Princess dan Prince charming dalam setiap kisah dongeng itu. Namun, setelah dewasa, aku mulai sedar bahawa kisah dongeng itu hanya wujud di alam fantasi, bukan reality. Ternyata setelah aku bertemu kamu, kisah fairytale aku menjadi kenyataan. Terima kasih, Cinta. Kamu telah menjadikan impian fairytale aku benar-benar wujud. Pada tanggal 23 November, aku telah dilamar di tengah lautan Bali. Aku tak pernah sangka saat itu akan berlaku dalam hidup aku. Semoga reality indah ini akan menjadi ingatan dalam hidup aku dan dia. Tak dapat digambarkan pengorbanan dia untuk arrange semua ni di Bali. Pada mulanya cuma sangka trip ke Bali hanya untuk Birthday present trip. Rupanya semuanya telah diatur lebih awal. Sehingga dia tak cukup tidur kerana menjadi seorang yang terlalu perfectionist. Kamu tidak pernah ragu-ragu untuk mengatakan perasaan cinta kamu pada aku. Kamu sentiasa beritahu kamu sayang aku, tanpa jemu. Kamu bangga ada aku sepertimana aku bangga adanya kamu. Tidak semua ada keberanian untuk mengucapkan perasaan cinta depan khalayak ramai. Tapi kamu membuktikan kamu bisa lakukan kerana perasaan cinta kamu terlalu kuat untuk aku. Teruskan menjaga aku, melindungi aku, membahagiakan aku seperti sekarang. Terima kasih, Cinta. Teruskan menjadi orang yang sama yang telah buat aku jatuh cinta dengan kamu hari demi hari. Tidak mungkin ada yang boleh mencintai kamu lebih dari aku kerana cinta ini telah terlalu dalam untuk kamu. I love you, Cinta🌹A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on Dec 8, 2019 at 1:09am PSTSumber Share Tweet Filled Under : trending info era viral gmmj isakhan nurristeena risteena *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.