Pelakon Nur Fazura mengakui telah menerima pelbagai tawaran untuk anak sulungnya Nur Fatima Aisya.
Memetik laporan Mstar, Fazura dan suaminya yang juga pelakon Fattah Amin menekankan beberapa syarat sebelum menerima tawaran iklan dan berhati-hati dengan pihak yang menawarkan kepada mereka.
“Sudah tentu kami mementingkan jenama, kami mahu jenama yang bagus dan mesej di sebalik projek itu.
“Bukan setakat nak kaut keuntungan saja. Bagi saya, apabila kita tergerak hati dan semuanya dipermudahkan, maknanya itu rezeki dia.
“Macam projek sebelum ini, saya tekankan yang bayaran itu untuk Fatima bukan untuk saya sebab itu rezeki dia. Paling utama, duit yang dia dapat iti boleh disimpan,” kata Fazura.
Tambahnya, Fazura kini sudah membuka akaun simpanan untuk anaknya Fatima bagi memudahkannya di masa akan datang.
“Saya dan Fattah memang sudah buka satu akaun untuk fatima. Duit yang disimpan itu boleh digunakan untuk masa depan dia nak sambung belajar ke luar negara ke,” ujarnya.
Terdahulu, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 2017 dan hasil perkongsian hidup mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata, Oktober lalu.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.