
Gambar: Movie Web
Rampage. Tajuk filem ni pun korang dah boleh bayang dan expect cerita dia macam mana. Walaupun banyak outlet yang menggelarkan ini adalah filem sains tapi tak lah berat sangat yang korang kena kaitkan filem ni dengan periodic table ataupun mana-mana chemical equation.
Cerita ini sangat mudah untuk difahami. Kisah pasal orang yang suka binatang, tiba-tiba binatang tu termakan serpihan objek yang terhempas dari angkasa dan menjadi besar. Akhirnya, mengamuk. Dan ending cerita ni, korang kena lah pergi tengok.
Cerita ni best dan agak menghiburkan. Tapi, dari segi storyline banyak lagi yang boleh diperbaiki. Dan rasanya cerita ini sangat clean dari aksi bercumbuan atau gaya seksi. Cuma beberapa kali muncul juga elemen-elemen barat tapi dikaburkan. Mungkin sebab ni kot filem ini diklafikasikan sebagai P13.
Tapi yang paling best pasal filem ni adalah pasal hubungan manusia dengan binatang. Melihat watak Dr. Okoye lakonan The Rock dengan George seekor gorilla punya relationship macam abang dan adik. Ada lawak, ada sedih dan ada elemen mendebarkan.
Kalau korang stress dan perlukan benda untuk ketawa, filem ini sangat sesuai untuk korang. Boleh lah pergi tengok dengan orang tersayang tapi bukan anak-anak korang!
Rating:
Action: 3.5/5
Humor: 4/5
Storyline: 2.5/5
Overall: 3/5
Oleh: Azwar Kamaruzaman
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.