Pelakon, Zul Ariffin sanggup membiarkan dirinya dibelasah oleh Remy Ishak, bagi memberikan feel sebenar untuk filem terbaru mereka, Sangkar.
Dipetik dari Sinar Harian, Zul menjelaskan bahawa beliau ada memberitahu Remy Ishak supaya menumbuknya betul-betul supaya nampak real.
"Memandangkan ini adalah filem aksi, ramai peninju yang terlibat, jadi saya fikir ada beberapa babak perlu dibuat betul-betul.
"Contohnya melibatkan babak ditumbuk di muka. Saya beritahu Remy, daripada buat banyak kali babak itu, baik dia tumbuk saya betul-betul. Barulah nampak real.
"Begitu juga babak pertarungan dengan Mcsweeney, saya benarkan dia belasah betul-betul. Tapi tidaklah sama dengan kekuatannya ketika bertarungan dalam pertandingan.
"Cuma bila ditumbuk, adalah rasa pening-pening lalat sikit.”, katanya.
Menurut pelakon berusia 33 tahun ini, walaupun kecederaan akibat dibelasah itu tidak teruk, namun dicampur dengan kecederaan lama memberikan cabaran buatnya.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.