Pelakon dan aktor, Remy Ishak akhirnya membuka mulut dan mengesahkan bahawa dia dan Ezza Yusof sudah putus tunang bulan lalu.
Menurut Remy, ia bukanlah disebabkan orang ketiga tetapi sebaliknya adalah kerana dia belum mampu mendirikan rumah tangga.
“Benar kami sudah putus tunang tetapi apa yang berlaku bukan salah dia (Ezza) kerana dia seorang wanita yang baik dan bukan disebabkan orang ketiga.
“Keputusan ini saya buat dengan berat hati selepas mendapati saya masih belum menjadi seorang lelaki untuk menjaga orang lain dan mendirikan rumah tangga… saya belum mampu.
“Apabila saya tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini jadi adalah lebih baik saya lepaskan Ezza kerana itu adalah tidak adil untuknya kerana saya tak mahu menahannya dalam hubungan itu,”
Remy dan Ezza telah dilaporkan bertunang pada Mei 2017 dan sepanjang tempoh pertunangan dia tidak pernah pun berkongsi sebarang cerita mengenai bakal isterinya itu.
“Kami mungkin bukan lagi pasangan tetapi tetap berkawan baik malah masih bekerjasama sebagai rakan kongsi dalam perniagaan.
“Sekarang saya anggap tempoh bertenang dalam mencuba memperbaiki kelemahan diri yang ada.
“Selebihnya ia terlalu peribadi untuk saya kongsi kepada umum dan berilah ruang kepada kami tambahan pula banyak hati yang perlu kami jaga,” ujar Remy.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.