Pelakon, Remy Ishak mengakui rasa gementar untuk memegang pelakon Nur Fazura ketika pengambaran filem terbaru mereka, Dendam Pontianak.
Remy berkata, beliau harus menghormati Fazura sebagai ‘senior’ dalam industri hiburan berbanding dengan dirinya.
"Saya mengaku berasa gementar untuk memegang Fazura dalam beberapa babak sepanjang penggambaran filem ini.
"Manakan tidak, saya sudah lama meminati lakonannya, tambahan lagi, saya harus menghormatinya kerana dia merupakan senior saya dalam industri hiburan," kata Remy kepada Gempak.
Remy juga berkata, perbincangan bersama pengarah juga telah diadakan sebelum melakonkan aksi mesra bersama pelakon wanita tersebut.
Terdahulu, Remy bersama bintang lain seperti Zul Ariffin, Mira Filzah, Ray dan Nik Adam Mika bakal tampil dalam filem Sangkar yang akan mula ditayangkan bermula 29 Ogos ini.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.