Pelakon Remy Ishak kini bergelar suami kepada Roszaliza Yusof atau Ezza dengan hanya sekali lafaz selepas disatukan dalam majlis ringkas hari ini.
Pasangan berkenaan diijabkabulkan oleh abang Ezza, Rozman Yusof di Masjid Negara dan Remy menghadiahkan sebentuk cincin sebagai mas kahwin kepada isterinya.
Majlis pernikahan yang berlangsung penuh sederhana itu mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).
Sehubungan itu, majlis akad nikah Remy dan Ezza hanya dihadiri pasangan mempelai dan wali.
Kredit Foto: Astro Gempak
Menurut satu kenyataan, Remy dilihat amat bersyukur setelah majlis pernikahannya bersama pasangan berjalan lancar seperti yang dirancang.
“Maka bermulalah perjalanan baharu bagi kami sebagai pasangan suami dan isteri, mohon mendoakan kebaikan dan kesejahteraan buat kami berdua,” katanya.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.