Pelakon, Remy Ishak, menganggap lakonan babak romantik bersama Mira Filzah adalah satu cabaran baginya dan beliau tidak mempunyai masalah untuk melakukan perkara itu.
Dipetik dari portal Gempak , Remy mengakui ia adalah cabaran bagi dirinya sebagai pelakon untuk menghidupkan watak yang diberikan.
"Sebagai seorang pelakon saya harus membawakan setiap watak dengan berkesan walaupun mempunyai pelbagai cabaran.
"Dalam drama terbaharu lakonan saya bersama pelakon Mira Filzah, saya harus melakonkan babak romantik tanpa bersentuhan.
"Jadi itu merupakan cabaran bagi saya kerana sebelum ini kebanyakan babak membabitkan saya adalah bersentuhan.
"Namun perkara itu tidak menjadi halangan untuk saya membawakan watak ini dan paling penting, faktor syariah tidak membataskan kreativiti seseorang untuk berkarya.
"Perkara ini juga memberikan lebih banyak ruang untuk saya terokai dan mengasah lagi bakat lakonan," katanya kepada Gempak!.
Sumber: Gempak!
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.