Baru-baru ini, timbul gosip mengatakan bahawa pelakon, Remy Ishak dikatakan menjalinkan hubungan rapat bersama seorang wanita yang bergelar model.
Namun menurut Remy Ishak, dia mengakui mengenali wanita berkenaan sejak lima tahun lalu sebelum bertunang dengan bekas tunangnya, Ezza Yusof.
Baca: Remy Ishak Mengaku Putus Tunang Bulan Lepas, Belum Ada Kemampuan
"Itu kawan lama saya yang saya kenal sebelum saya mengenali bekas tunang saya lagi. Hubungan kami pun sekadar kawan.
"Mungkin kisah ini tiba-tiba timbul bila ada peminat yang terlalu mahukan saya dan Mira Filzah bersama seperti lakonan kami dalam drama.
"Jadi mereka tidak senang apabila ada individu lain yang rapat dengan saya selain Mira.
"Tak bolehlah begitu sebab saya manusia biasa dan saya berhak kenal dengan sesiapa sahaja," katanya kepada Gempak.
Beliau juga terkilan apabila ramai pihak mengaitkan hubungannya bersama Mira Filzah menjadi punca perpisahannya bersama bekas tunangnya sebelum ini.
"Tak elok lemparkan tuduhan macam-macam pada kawan saya.
"Saya sebenarnya kasihankan mereka sebab pelbagai perkara tak manis timbul padahal ia tidak membabitkan sesiapa pun.
"Punca saya dan bekas tunang putus sebab keputusan kami sendiri.
"Jadi, saya harap hentikan spekulasi ini sebab ia akan mengundang fitnah dan kesannya tidak baik untuk semua pihak,", ujarnya.
Sumber: Gempak
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.