Pelakon versatil, Datin Rebecca Nur Al Islam berkongsi berita duka apabila dua pembantu rumahnya mengalami masalah sesak nafas dan dikejarkan ke hospital pada Rabu lalu.
Menerusi hantaran di laman Instagramnya, Rebecca mengakui agak risau setelah mendapati tiada perkhidmatan ambulans disediakan hospital berdekatan.
“Mummy Becca hubungi 999 untuk dapatkan ambulan ambil pembantu rumah mummy kat rumah yang susah brnafas dan kritikal.
“Dah Call 999 dan 2 kali mummy Becca call dia sambungkan kepada Operator Hospital Ampang,” luahnya.
Malah, pelakon itu tidak dapat menghantar pembantunya setelah disahkan positif COVID-19 bersama suami dan enam orang anaknya.
Tambahnya, dia bersyukur apabila seorang wanita dikenali dengan nama Mas membantu untuk membawa pembantunya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
“Ya Rabbi. Terima kasih Allah sebab hantar pada saya seorang insan bernama Mas. Terima kasih Mas walaupun kita tak pernah kenal tapi awak sanggup datang rumah menolong pembantu saya yang sesak nafas tadi,” katanya.
Namun, beliau tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak dan hanya berniat untuk berkongsi keadaan terkini agar masyarakat sedar akan situasi yang bahaya ketika ini berdepan COVID-19.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.