
Seorang lagi penyampai Radio ERA yang dikenali sebagai Ray Dap Dap atau nama sebenarnya Shah Reza Mohd Shah, mengumumkan berundur diri daripada konti radio ERA selepas 19 tahun perkhidmatan beliau
Menurut Ray, meskipun sukar, masanya telah tiba untuk beliau memberi ruang dan peluang kepada generasi lain mengendalikan stesen nombor 1 di Malaysia itu.
Ray merupakan penyampai ERA paling senior meninggalkan keluarga besar stesen berkenaan.
Antara segmen yang pernah dikendalikan Ray adalah RIUH PAGI ERA, JOHARA PAGI ERA dan PETANG ERA.
Pengurus Saluran ERA Azah Sahrin berkata, permulaan kerjaya Ray di Astro Radio adalah sebagai anggota Skuad ERA sebelum beralih kepada penyampai radio yang amat bermakna buat dirinya.
“Ray seorang yang sangat bersahaja, penuh humor dan tidak lokek ilmu dikongsikan terutama sekali kepada penyampai radio yang baharu dan juga memiliki sikap yang pemurah,” ujar Azah.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.