Penyanyi, Kanye West secara diam-diam ingin menghasilkan permainan videonya sendiri, seperti didedahkan bekas presiden syarikat permainan popular, Nintendo.
Ikon rap yang juga peminat permainan video ini dilaporkan ingin melancarkan permainannya di bawah jenama Nintendo.
Usahanya nyata berjaya dilakukan oleh bekas presiden Nintendo America, Reggie Fils-Aime.
Bekas presiden Nintendo itu dikatakan sudah bertemu dengan Kanye West dan isterinya Kim Kardashian bagi membincangkan idea tersebut.
Bercakap disatu rancangan podcast, Talking Games, bekas presiden Nintendo itu berkata pertemuan itu "cukup menarik".
Terdahulu, Kanye dikatakan berhenti di booth Nintendo pada konvensyen permainan video E3 tahunan di Los Angeles beberapa tahun lalu.
Di situ, beliau menghabiskan masa dengan Shigeru Miyamoto, seorang pereka permainan legenda yang membantu membuat Super Mario dan The Legend of Zelda. Kanye kemudian diminta untuk bertemu dengan Reggie, dan akhirnya duduk bersamanya.
Reggie mengatakan bahawa Kanye mempunyai "minat yang tinggi terhadap ruang permainan video".
Tetapi bagaimanapun, idea Kanye itu ditolak dengan sopan.
"Kami mempunyai banyak projek yang berbeza di Nintendo, kemungkinan melakukan sesuatu yang Kanye tidak ada."
"Oleh itu, saya terpaksa menolak peluang ini dengan sopan untuk bekerja dengannya," jelas Reggie.
Reggie mengatakan pada Kanye adalah sukar untuknya bekerjasama dengan Nintendo kerana syarikat itu mempunyai standardnya yang tinggi.
Terdahulu sekitar tahun tahun 2015, Kanye sebenarnya pernah berkongsi satu permainan video berjudul Only One. Permainan ini didedikasikan untuk arwah ibunya, memberi tugas kepada pemain untuk membantunya dalam perjalanan ke syurga.
Malangnya sehingga kini, permainan video itu masih belum diterbitkan.
Tidak jelas jika Only One adalah permainan yang sama yang dirujuk oleh Reggie bagi kolaborasi bersama Nintendo.
Sumber: The Sun
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.