Selepas selamat diijabkabulkan pada 1 September lalu, pelakon Nadzmi Adhwa dan Ardell Aryana sering berkongsi momen-momen indah mereka sebagai suami dan isteri dilaman Instagram.

Terbaru, mereka berkongsi detik sedang menyanyikan lagu Cinta Luar Biasa nyanyian asal Andmesh Kamaleng, bersama ibu Nadzmi. Ardell yang dilihat berada dipangkuan ibu mertuanya telah mencuri perhatian ramai peminat.

“No words can describe how much I love you. Happy Birthday to the best mother in the world! Angah sayang mak... May Allah bless you with love, wealth and happiness,” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Nadzmi yang memuliakan ibu dan isteri dengan layanan yang cukup baik.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.