Nina Iskandar atau nama penuh beliau Nur Akmalina binti Iskandar mula mencipta nama sebagai pelakon di Malaysia menerusi beberapa drama yang dilakonkan oleh beliau.

Pelakon dan model berusia 28 tahun ini merupakan anak kedua daripada empat adik beradik telah muncul dalam beberapa filem, telefilem dan drama seperti Sha & Shah, Papa Ricky dan 30 Hari Sahaja.

Menerusi perkongsian terbaru dilaman Instagram, Nina telah berkongsi beberapa foto terkini dirinya.

“Manusia, tiada yang sempurna. No matter how steadily we are going or how well we are planning... ada kalanya terbabas juga. sama juga macam diet...kadang-kadang terbabas juga ikut mood hahaha”, tulis Nina pada ruangan kapsyen.


Rata-rata peminat terkejut dan kagum dengan penampilan terkini pelakon ini serta meminta tips untuk kelihatan kurus sepertinya.

Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.