Adik kepada selebriti terkenal Neelofa, iaitu Athisha Khan, telah menjadi sebutan ramai baru-baru ini.
Mesra dengan panggilan Tisha, baru-baru ini beliau telah berkongsi beberapa foto menggayakan baju raya dengan ikatan rambut yang sangat cantik.
Mempunyai gaya yang sempoi dan sopan, rata-rata warganet memuji rupa paras Tisha yang sangat menawan.
Ada juga yang meminta Tisha untuk membuat tutorial tata rias rambut, selain turut memberi pujian kerana memiliki rambut yang lebat dan ikal.
Athisha Khan, 22 tahun, merupakan pelajar jurusan undang-undang dengan perniagaan dari University of Birmingham, UK, adalah anak ketujuh daripada sembilan adik-beradik.
Tahun lalu, nama Tisha ini juga menjadi sebutan ramai dek kerana bertutur dalam dialek Kelantan.
Sumber: Gempak / Instagram @athishakhan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.