Raline Shah, pelakon jelita dari Indonesia, telah membuat kemunculan khas dalam filem aksi, Polis Evo 2.
Pelakon berusia 33 tahun ini berkata, ramai yang tidak percaya sehingga kini beliau masih belum mempunyai kekasih hati.
“Kalau diberitahu, orang pasti tidak percaya yang saya sehingga kini belum ada kekasih hati. Sebenarnya, soal membina hubungan ini bukan fokus buat masa ini.
“Saya sedang fokus untuk memberi yang terbaik pada hidup, jadi orang yang lebih sihat fizikal dan mental, lebih bahagia dan damai. Di kemudian hari, mungkin akan lebih mudah mendatang. Mana tahu, kan?
Selagi laku dan selagi solo inilah saya boleh lakukan macam-macam perkara paling maksimum. Kalau sudah berkahwin, waktu itu mungkin saya sudah letih untuk ‘melayan’ dunia seni.
“Apa lagi kerja saya ini memerlukan diri untuk selalu bergerak, sama ada dalam dan luar negara. Susah andai ada hubungan komitmen yang serius” katanya seperti dipetik daripada portal Utusan.
Tambah beliau lagi, beliau tidak akan sama sekali menjadi isteri kepada suami sesiapa.
Sumber: Utusan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.