Foto: Tangkapan skrin layar TikTok
Setiap kali 31 Ogos menjelma, suasana Hari Kebangsaan memang lain daripada biasa. Tahun ini, sambutan di Dataran Putrajaya sekali lagi membuktikan bahawa semangat patriotik rakyat Malaysia tetap membara, dari kanak-kanak hinggalah warga emas, semuanya mahu bersama meraikan detik bersejarah ini.
Namun, di sebalik kemeriahan, satu kisah ringkas tentang “sebotol susu” berjaya menyentuh hati ramai selepas dikongsikan seorang ibu menerusi akaun TikTok @floriaretreatnicole8.
Menurut wanita itu, dia terpisah dengan pembantu rumahnya ketika berada dalam lautan manusia. Anaknya yang masih kecil mula menangis kelaparan sambil merayu, “Nak susu…”.
“Saya hanya mampu gunakan isyarat tangan dari jauh untuk beritahu pembantu rumah supaya berikan susu. Dalam hati saya terfikir, dia terlalu jauh, macam mana nak hantar sampai ke sini?” katanya.
@floriaretreatnicole8 🎈 𝓗𝓪𝓻𝓲 𝓚𝓮𝓫𝓪𝓷𝓰𝓼𝓪𝓪𝓷 · 𝑲𝒆𝒂𝒋𝒂𝒊𝒃𝒂𝒏 𝑺𝒆𝒃𝒐𝒕𝒐𝒍 𝑺𝒖𝒔𝒖 Dalam lautan manusia, saya terpisah dengan pembantu rumah, saya dan anak saya terhimpit ke bahagian hadapan. Dari jauh, saya nampak kelibatnya, tetapi tidak dapat mendekatinya. Anak saya lapar, mula menjerit, “Nak susu~” Saya hanya mampu menggunakan isyarat tangan untuk memberitahu pembantu rumah supaya berikan susu, sambil dalam hati berfikir: “Dia begitu jauh, macam mana nak hantar sampai ke sini?” Ketika saya sedang cemas, satu keajaiban berlaku—— Orang ramai bertindak seperti baton dalam acara larian berganti, sambil ketawa dan menjerit “SUSU”, mereka hulurkan tangan untuk membantu. Sebotol susu merentasi lautan manusia, akhirnya sampai dengan selamat ke tangan saya. Saat itu, saya tersenyum. Anak saya minum. Dia menerima botol susu itu, matanya serta-merta bersinar, seperti matahari kecil. Ketika itu, saya bukan sekadar tersentuh. Saya merasai satu bentuk perlindungan yang tidak kelihatan——daripada orang asing, daripada tanah ini, daripada sesuatu yang dipanggil “Malaysia” yang penuh kelembutan. Ia juga menenangkan hati seorang ibu. 𝑻𝒆𝒓𝒊𝒎𝒂 𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉, 𝑴𝒂𝒍𝒂𝒚𝒔𝒊𝒂. Hari ini bukan sekadar meriah, tetapi penuh kasih. 【一瓶牛奶的距離,是人與人之間的默契。】 在人群中和女傭走散,我和孩子被擠到前端。 遠遠看見她的身影,卻一時無法靠近。 孩子餓了,開始喊「要牛奶~」 我只好用手勢告訴女傭要奶,心裡一邊想:「她那麼遠,怎麼可能拿得過來?」 正焦急時,奇蹟發生了—— 群眾像接力棒一樣,笑著、喊著”SUSU”伸手幫忙,一瓶牛奶就這樣穿越人山人海,穩穩地落在我手上。 那一刻,我笑了。孩子喝了。 孩子接過牛奶,眼睛瞬間亮了,像小太陽一樣。 那一刻,我不只是感動。 我感受到一種無形的守護——來自陌生人、來自這片土地、來自一種叫做「馬來西亞」的溫柔。也安撫一個媽媽的心。 謝謝今天的馬來西亞。 不只是熱鬧,更是有愛。 #Merdeka2025 #putrajaya #Malaysia #國慶日 #68thMerdeka ♬ original sound - Ezee Music
Saat cemas itu bertukar ajaib apabila orang ramai di sekeliling bertindak seperti larian berganti. Dengan senyuman dan jeritan “SUSU!”, mereka menyambut botol itu satu persatu sehingga akhirnya sampai dengan selamat ke tangan si ibu.
“Anak saya terima botol susu itu, matanya serta-merta bersinar, seperti matahari kecil. Saya bukan sahaja tersentuh, malah rasa ada perlindungan yang tak nampak, daripada orang asing, daripada tanah ini, daripada sesuatu yang dipanggil Malaysia,” katanya lagi.
Perkongsian itu membuat ramai warganet sebak. Ada yang mengakui air mata menitis membaca kisahnya, manakala tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman manis mereka sewaktu hadir ke sambutan Hari Kebangsaan.
Lebih daripada sekadar perayaan, 31 Ogos mengingatkan kita bahawa Malaysia akan terus teguh jika rakyatnya saling menjaga antara satu sama lain.
“Terima kasih, Malaysia. Hari ini bukan sekadar meriah, tetapi penuh kasih.”
Sumber: TikTok
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.