Pelakon dan penyanyi, Sulli telah ditemui mati dalam kediamannya pada petang Isnin.
Kematian Sulli dikatakan berkait dengan tekanan yang dialami oleh beliau ketika masih hidup.
Ekoran daripada itu, rakan-rakan selebriti Sulli turut meratapi pemergian pelakon berusia 25 tahun ini sambil meluahkan rasa sedih atas berita tersebut.
"Di dunia ini, saya berharap Jin Ri (nama panggilan Sulli) melakukan apa yang dia mahu," - Goo Hara.
"Ini adalah foto saya yang terakhir dengan awak... Saya pernah berkata yang kita sepatutnya mengharungi semua ini bersama tapi saya jadi kawan yang tidak baik apabila membenarkan awak pergi tanpa mengucapkan selamat tinggal," - Hong Suk Chun.
"Saya sayang awak, Jin Ri... Saya tidak dapat membalas mesej awak tempoh hari di Kondae disebabkan terlalu malu. Saya minta maaf tidak dapat bawa awak makan ais krim," - Sunday.
"Awak sudah melalui banyak dugaan. Saya harap awak tidak lagi berasa bimbang mengenai apa saja di sana dan berharap awak akan benar-benar gembira," kata Jun (U-Kiss).
Wakil daripada SM Entertainment juga meminta maaf kerana tidak memaklumkan berita sedih ini terlebih awal dan meminta agar peminat tidak membuat sebarang spekulasi mengenai kematian Sulli.
Sumber - Soompi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.