Sebelum ini Raja Ilya pernah mendedahkan terpaksa menolak tawaran berlakon dengan Marvel iaitu satu brand yang sangat besar. Namun, ada segelintir pihak cuba mempertikaikan perkara itu dan mendakwa Raja Ilya hanya menipu.
"Saya tidak bodoh untuk mengumumkan sesuatu yang belum ada pengesahan lagi," kata pelakon itu.
"Saya ke Hollywood untuk menandatangani kontrak lakonan serta menghadiri sesi uji bakat filem itu. Segala urusan seni dibantu agensi yang bertapak di sana.
"Selepas mendapat watak itu barulah saya mengumumkannya. Sudah tentu saya teruja berpeluang berlakon dalam filem terbitan francais besar," katanya dihubungi Harian Metro.
Sebab utama kenapa Raja Ilya menolak watak yang ditawarkan adalah ada babak yang dikehendaki bercanggah dengan nilai Islam.
"Ketika membaca skrip baru saya mendapati ada bahagian menyentuh sensitiviti Islam.
"Sudah pasti saya tidak mahu mencemar imej Malaysia dan maruah keluarga, jadi dengan berat hati saya terpaksa menolak lakonan itu," katanya yang terbang ke Amerika Syarikat untuk menghadiri uji bakat sebelum ditawarkan watak tersebut.
Sumber: Harian Metro
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.