Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

Astro Perkenal ‘Raise The Star Malaysia’, Buka Peluang Penyanyi Baharu Nyanyikan Lagu Komposer Terkenal

ROSTAM, Mohamad Firdaus
07 May 2025, 04:55 PM

astro perkenal ‘raise the star malaysia’, buka peluang penyanyi baharu nyanyikan lagu komposer terkenalFoto: Astro

Astro bakal menghangatkan lagi industri muzik tempatan menerusi pelancaran program realiti nyanyian digital terbaharu, Raise The Star Malaysia, yang dijadual bersiaran bermula 22 Jun 2025.

Menawarkan konsep unik dan segar, program ini menghimpunkan lima nama besar dalam bidang muzik — Ajai, Aina Abdul, Shila Amzah, Audi Mok dan Ikhwan Fatanna — bukan sekadar sebagai juri, tetapi juga mentor yang akan membimbing peserta serta menerbitkan lagu baharu berdasarkan suara pilihan mereka.

Berbeza daripada program nyanyian konvensional, Raise The Star Malaysia mengetengahkan format pertandingan berteraskan pencarian suara tepat untuk menghidupkan karya asli para komposer.

Seramai 30 peserta terbaik akan dipilih daripada ribuan penyertaan, dan mereka perlu bersaing selama lapan minggu bagi merebut perhatian komposer dan mengekalkan kedudukan di carta melalui kombinasi markah juri dan undian penonton dalam talian.

Uji bakat kini dibuka, dengan dua pilihan kaedah penyertaan iaitu secara dalam talian yang berlangsung dari 1 hingga 8 Mei 2025, menerusi platform media sosial menggunakan tanda pagar #RaiseTheStarMY, serta uji bakat fizikal yang dijadualkan pada 10 dan 11 Mei 2025 di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur bermula jam 8 pagi.

Program ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas, tanpa mengira latar belakang kaum, dan memerlukan peserta memiliki bakat nyanyian serta personaliti yang menarik.

Program ini akan ditayangkan selama lapan episod di Astro Ria (Saluran 104) setiap Ahad jam 9 malam, serta boleh distrim melalui Astro GO, sooka, dan On Demand.

Dalam setiap episod, peserta yang menerima markah tertinggi akan terus kekal bersaing, manakala yang kurang menyerlah berdepan risiko penyingkiran.

Dengan U Mobile sebagai penaja utama, Raise The Star Malaysia bukan sahaja membuka pentas baharu untuk bakat muda menyerlah, malah berpotensi melahirkan bintang yang bakal menjadi suara rasmi lagu-lagu ciptaan artis dan komposer tersohor negara.

Untuk maklumat lanjut dan panduan uji bakat, orang ramai boleh layari gempak.com/raisethestar.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us