Jung Ji-Hoon atau lebih dikenali dengan nama Rain, mendedahkan mengambil masa kira-kira setahun untuk mendapatkan perhatian pelakon yang kini isterinya, Kim Tae Hee.
Pendedahan secara ekslusif itu dibuat Rain menerusi rancangan web kendalian Season B Season.
Episod itu memperlihatkan Rain mengunjungi kediaman seorang peminat setia, sebelum peminat itu bertanyakan sejarah perkenalan Rain bersama isteri.
“Saya tertanya-tanya apa yang membuatkan Tae Hee boleh jatuh cinta dengan Rain, dan siapa yang memulakan langkah pertama antara kalian,” tanya peminat itu.
Rain kemudiannya menjelaskan, beliau mengambil masa selama setahun untuk mengambil hati isteri, yang pada mulanya bersikap jual mahal.
"Saya yang ajak dia keluar dulu dan agak lama untuk mendapatkan persetujuan untuk keluar dating dengan saya.
"Selama setahun cinta saya hanya bertepuk sebelah tangan sahaja," kata Rain secara berseloroh.
Rain dan Tae Hee berkahwin pada 19 Januari 2017, dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sumber: Soompi
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.