Radin, dalam satu kenyataan media baru-baru ini menafikan dakwaan segelintir pihak yang melabelkan dirinya sebagai ‘kaki flirt’, ekoran kerana beliau sering dilihat meninggalkan komen di Instagram kebanyakkan artis wanita.
Menurut Radin, dia hanya mahu membina reputasinya bersama selebriti atas dasar kerja.
“Sebenarnya banyak yang saya komen dekat gambar artis wanita kerana saya punya sjow dekat radio saya bertemu ramah artis.
“Kadang diorang nampak bila saya komen artis perempuan je bila artis lelaki mereka tak nampak pun. Disitu mereka nampak saya ni macam nak try diorang nak nak flirt.
“Saya merupakan seorang yang peramah dan kerja saya adalah untuk bina reputasi sesama artis.
“Kadang-kadang orang triggered kata saya ni semua orang saya nak try, tapi itulah kerja saya dan tak salah untuk saya berkawan dengan rakan-rakan selebriti yang lain,” katanya seperti dipetik daripada Media Hiburan.
Tambah Radin lagi, dirinya kini juga sedang mengenali hati budi seseorang.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.