Baru-baru ini, isteri kepada penyanyi OAG, Shahira Ayu telah mengesahkan bahawa Radhi ada melafazkan talak terhadapnya pada 25 Mac lalu.

Baca: Isteri Sahkan Radhi OAG Sudah Lafazkan Cerai Pada 25 Mac Lalu
Selepas berita penceraian mereka tular di laman sosial, Radhi OAG dilaporkan ada merujuk semula bekas isterinya itu, namun Ayu nekad untuk meneruskan penceraian mereka.
“Sebenarnya Radhi sudah melafazkan cerai kepada saya pada 25 Mac yang lalu dan hari yang sama tu juga saya tidak lagi tinggal bersamanya. Selepas daripada tu, dia ada juga beberapa kali memujuk untuk kembali bersama. Tapi jujurnya saya nekad dengan keputusan ini. Jika dia rujuk semula, saya tetap tak mahu. Saya mahu kehidupan baru bersama anak-anak tanpa dia. Kami telah ke mahkamah pada 3 Jun lalu untuk menfailkan penceraian kami”
“Insyallah dalam masa terdekat ini kami perlu ke mahkamah untuk sebutan penceraian. Saya harapkan semua orang dapat mendoakan yang baik-baik buat saya dan Radhi,”, kata Ayu seperti yang dipetik daripada Rotikaya.
Menurut Ayu lagi, perkahwinan mereka yang sudah masuk tahun kelima itu sudah lama berdepan dengan masalah dan punca penceraian mereka adalah bersifat terlalu peribadi.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.