Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ERA

Muzik Hit Terbaik

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

ERA Segmen Terkini

ERA

Muzik Hit Terbaik

berita hiburan era

“Syamsul Dan Saya Kekal Berkawan Baik Demi Anak-anak” – Puteri Sarah

ROSTAM, Mohamad Firdaus
28 Apr 2025, 02:42 PM

“syamsul dan saya kekal berkawan baik demi anak-anak” – puteri sarahFoto: Instagram

Puteri Sarah Liyana dan Syamsul Yusof mungkin sudah berpisah, tetapi mereka tetap memilih untuk berkawan demi kebahagiaan dua anak mereka.

Memetik laporan Kosmo, meskipun perpisahan itu berlaku pada 14 Jun 2023, kedua-duanya sepakat untuk memastikan anak-anak mereka, Syaikhul Islam dan Sumayyah, membesar dalam persekitaran yang gembira.

Menurut Puteri Sarah, dia dan Syamsul tiada masalah untuk menjaga anak-anak secara bersama.

"Kami berkawan baik kerana mahu lihat anak-anak gembira. Tiada isu untuk bersama menjaga mereka, walaupun sudah tidak lagi bersama sebagai suami isteri," katanya.

Dalam pada itu, Puteri Sarah juga menegaskan bahawa dia memilih untuk meletakkan semua perasaan negatif dan kekal menjaga hubungan baik demi kebahagiaan anak-anak.

Beliau mengakui bahawa sokongan keluarga dan keluarga mertua sangat penting dalam membantu beliau menguruskan kehidupan selepas perceraian.

"Keluarga saya dan keluarga mertua memang sangat membantu dalam segala urusan," katanya dengan penuh rasa syukur.

Puteri Sarah juga berkata bahawa dia kini lebih fokus kepada perniagaan dan keluarga berbanding aktiviti lakonan.

“syamsul dan saya kekal berkawan baik demi anak-anak” – puteri sarahFoto: Utusan

“Memang saya kurangkan kerjaya lakonan, lebih kepada bisnes. Itu lebih memberi banyak masa untuk bersama anak-anak," jelasnya lagi.

Meskipun melalui pelbagai cabaran, Puteri Sarah dan Syamsul Yusof berjaya mengekalkan hubungan baik demi kebahagiaan dua permata hati mereka. Mereka membuktikan bahawa meskipun berpisah, kebahagiaan anak-anak tetap menjadi prioriti utama.

Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah telah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Sumayyah, 5. Bagaimanapun pasangan ini berpisah pada 14 Jun 2023.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

{{related.name}}

{{related.name}}

ads-with-us ads-with-us ads-with-us