Duke dan Duchess Sussex, Putera Harry dan Meghan Markle berkongsi berita gembira kepada umum mengenai kelahiran anak kedua mereka, seorang bayi perempuan.
Lilibet ‘Lili’ Diana Mountbatten-Windsor merupakan nama bayi mereka yang selamat dilahirkan pada pagi Jumaat di sebuah hospital di Santa Barbara, California pada pukul 11:40 pagi waktu tempatan.
“Ratu, Putera Wales dan Duchess of Cornwall, dan Duke dan Duchess of Cambridge telah dimaklumkan dan gembira dengan berita itu,” kata Istana Buckingham.
Tambahnya, pasangan diraja Britain itu memaklumkan nama Lilibet dipilih sempena nama panggilan manja keluarga untuk Ratu Elizabeth.
Bagi nama tengahnya pula Diana, dipilih sebagai menghormati “nenek yang sangat disayangi”, Puteri Wales, katanya.
Kini, Lilibet merupakan cicit Ratu ke-11 dan berada di tempat kelapan dalam senarai perwarisan takhta.
Ini sekaligus anak kedua Ratu, Putera Andrew, terpaksa turun ke tempat kesembilan dalam senarai berkenaan.
Terdahulu, hasil perkahwinan Harry dan Meghan dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Archie Harrison dan sudah berusia 2 tahun.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.